* Friends Of Mine *

It's All About Me.. Myself.. &.. I..

My photo
Alor Setar, Kedah, Malaysia
I'm married to Zulfadhli Bin Mahdir on 4th December 2009. So happy with the status as a wifey to him & hot mummy to our daughter, Nur Iwanina Zafirah & Nur Imanina Zahirah. Sayang, I'm so deeply in love with you and our daughters.. I hope we gonna live happily ever after. Oh, I'm also hoping to give you kids as much as I can. Hehehe..

Saturday, August 29, 2009

Nota Cinta #1

Dalam SENYUM ini..
Ada DUKA yang tersimpan..

Thursday, August 13, 2009

Cinta ini adalah kamu..

Kau membebaskan aku dari mentera kesedihan..
Yang melingkari hidupku..
Entah apa silapku kau menolak aku ke tepi..
Hati yang pernah kau patahkan dulu..
Itulah hatiku..
Aku sentiasa yakin dan pasti..
Tanpamu disisi hidupku tak bererti..

Dengarlah jeritan kesunyian hatiku..
Yang kecewa denganmu..
Aku tak inginkan dirimu lagi..
Lihatlah kekosongan hatiku..
Tiada lagi tempat dihatiku untukmu..
Tapi..
Itu yang ku katakan dulu..
Sewaktu kau tinggalkan aku dan dilukaimu..

Akhirnya aku mengerti dan pasti..
Aku jumpa dengan apa yang aku cari..
Seseorang untuk dicintai..
Untuk berpaut..
Untuk menjadi inspirasiku..
Seseorang untuk di belai dan..
Untuk ku hargainya dalam hidupku..

Kerana kau telah pergi..
Aku pernah hilang rasa ingin hidup lagi..
Sampai saat itu..
Aku tahu segalanya tentang hidupku..
Aku tertanya-tanya pada diriku sendiri..
Bagaimana untuk kembalikan dirimu dalam hidupku..
Kerana dirimu..
Yang membuat aku tersenyum hari ini..

Tuesday, August 4, 2009

Cinta itu..

Pengalaman cinta lalu yang telah jauh kita tinggalkan.. Sesekali lihatlah semula dan nilaikan kembali.. Kerana sesungguhnya pengalaman cinta lalu umpama sebuah ensiklopedia yang sangat berharga kepada diri kita.. Yang pahit jadikan pengajaran, yang manis pastikan kita sentiasa mengamalkannya dalam setiap episod cinta kita di masa hadapan.. Bila cinta beraja di hati kita sanggup berkorban segalanya demi kerana CINTA..

Biarlah kita menjadi cinta terakhir kepada seseorang kerana mungkin kita sudah terlambat untuk menjadi cinta pertamanya tetapi kita tidak akan pernah terlambat untuk menjadi cinta terakhirnya..

CINTA adalah ibarat air.. Kita sangat memerlukannya di dalam hidup namun jika ia ibarat air di lautan ia akan menjadi ombak yang akan mengumbang-ambingkan hidup kita, jika ia ibarat air di kutub utara-selatan maka ia akan menjadi ketulan ais yang membekukan kita, jika ia ibarat air sungai yang mengalir tenang maka ia akan berterusan menghanyutkan kita ke muara, jika ia ibarat air terjun maka akan terhempaslah kita berulang-ulang ke bawah, jika ia ibarat air tasik yang tenang membiru maka kita dalam diam akan menyimpan berjuta keladak di dasarnya.. Maka jenis air manakah yang kita inginkan.. Carilah mata air yang suci lagi murni.. Walaupun keluar sedikit demi sedikit tetapi akan melimpahi perigi dan menghilangkan kehausan kita dengan sekali teguk sahaja..

Bibir manusia terlalu mudah melafazkan cinta tapi dapatkah hatinya setia pada kita?? Manusia tidak dapat lari dari bercinta kerana kehadiran cinta itu lazimnya tanpa diundang dan tanpa diharap.. Hanya insan itu sahajalah yang dapat menilaikan adakah dirinya sudah bersedia menerima cinta itu atau tidak..

Cintai jangan sesekali dihampiri jika tidak sanggup menanggung risikonya.. Cinta sememangnya indah kerana kita hidup dalam khayalan.. Cinta sememangnya unik kerana kita asyik diulit mimpi yang indah-indah belaka.. Apabila perpisahan mendatang barulah kita tersentak dari lamunan.. Kemudian kita akan sedari cinta hanyalah permainan nafsu yang membawa kesengsaraan dan penderitaan yang amat menyeksakan..

Meskipun kesalahan atau kesilapan itu boleh dimaafkan tetapi janganlah berbicara sampai menyakiti dan menyinggung hati orang lain kerana kemaafan itu bukanlah pengubat hati yang terluka kerana hati yang terluka itu tetap akan terluka..

Biarlah kita menguasai cinta, jika gagal bererti kita masih berupaya melawan perasaan kecewa sekalipun teramat pedih, luka dan sengsara..

Sunday, July 26, 2009

R . A . Y . A

Wahhh.. Walopun lmbt lg nak raye.. Maklum laa.. Puase pun blum.. Hehehe.. :P Excited sgt2 dah ni.. Tahun ni tahun untuk memanjakan diri sendiri ok~ Byk dh kain yg dibeli utk ditempah.. Lalala~

Tahun ni colourful yee~ Fav colour tidak dilupa.. Hehehe.. Of coz laa "Ehh.. Awak nampak BIRU laa~" Yaa~ Biru itu indah.. Warna fav aku & dia.. Ngee~ :)

Pink~ Pink~ Pink~ PINKY~!! Alamak.. Terlebih sudah!!! Hahaha.. Colour pink wajib ada ok~! Nmpk laa aku ni girly sikit.. Hahaha.. Adehh~!!

Maroon 5?? No.. No.. No.. Baju ketiga~ MAROON @ merah hati!!! Wahh3.. Cantik ni.. (Walopun diri sndiri yg puji.. :D ) First time aku mlngkah msuk je dlm Jakel SP.. Terus terkesima tgk kain wrna ni.. Cair seketika hati aku.. Hehehe.. Suke~ Suke~ Thanks ayah!! Ahaks..

HITAM+PINK!!! Kain ni mmg cantik.. (Puji sendiri lg!!) Hahaha.. Thanks utk ibu yg disayangi.. Walopun harga tak tercapai akalku.. Huhuhu.. :D

LIGHT ORANGE~ Ahh.. Ni lg sepasang kain yg teramat kiut.. Diterbangkan jauh dari JB ok.. Hehehe.. :D

Last kot.. COKLAT+BIRU.. Thanks to diri sendiri yaa.. Kain ini terlalu.. Adehh~ Harga yg tak bleh blah.. Huk3.. :P

** Gambar kain lupe nak ambil laa.. Xpe.. Tunggu bile dah jadi baju ehh.. :P

Thursday, July 23, 2009

Cinta itu aku.. Rindu itu kamu..

Kau rasa.. Boleh ke kau hidup tanpa aku?? Aku yang bergelar cinta..
Kau rasa.. Tanpa cinta, boleh ke timbul perasaan rindu?? Hmmm..
Kau rasa.. Dunia akan aman ke kalau perasaan cinta itu tiada??
Kau rasa.. Perasaan rindu itu akan kekal abadi ke tanpa cinta??

Aku rasa.. Aku tak boleh hidup tanpa kau!!
Aku rasa.. Melalui cintalah perasaan rindu itu akan timbul!!
Aku rasa.. Dunia akan kucar kacir kalau tiada perasaan cinta dalam diri!!
Aku rasa.. Cinta akan kekal abadi selagi ada rindu di hati!!

Cinta dan rindu adalah perasaan yg tak dpt dipisahkan.. Seandainya cinta tiada lg di hati, tak ada guna rindu itu masih di hati.. Renungkan~

Semoga Abadi

Aku suke sgt lagu ni.. Dari dulu lg lagu ni masih dlm hati.. Mksd yg tsirat begitu kena dgn jiwa aku.. Hati boleh cair kalo dgr lagu ni.. Feel habis laa.. :P

Kau datang bagaikan mimpi
Kau hadir tak sedari
Sekian lama ku nanti
Kau di sini

Mungkin kehendak Ilahi
Segalanya ku jalani
Biar lelap tidurmu
Dipelukku

Cinta ini
Ku persembahkan
Setulus hati kasih
Kepadamu

Seandainya engkau mengerti
Hanya kau yang ku miliki
Dalam hidupku

Kasih sayang ini
Semoga abadi
Kan ku bawa sampai akhir nanti

Wednesday, July 22, 2009

Hati yang semakin pulih...

Dulu,
Aku adalah cintamu, hidupmu, nafasmu & nyawamu..

Semalam,
Kau tinggalkan aku dengan 1001 alasan..

Hari ini,
Aku bangkit dari lamunan & sedar bahawa cinta yang selama ini kita bina tidak pernah kau hargai..

Esok,
Aku pasti hidup aku akan lebih baik tanpa dirimu..

Selamanya,
Aku tetap aku & kenangan hanya tinggal kenangan..


** Dari seorang kakak~ -Senyum!!-

Monday, July 13, 2009

Sunyi.. Rindu..

Ahhh.. Kenapa laa hidup aku skrng ni makin sunyi?? Bosan laa tanpa dia.. Aku rindu dia.. Aku syg dia.. Tapi, apakan daya.. Hanya Allah je yang tau gelora hati aku skrng ni.. Sakit!! Pedih!! Kenape laa bnda ni msti jadi?? Kan senang kalo bterus terang je.. Kalo waktu boleh diputar.. Akan aku ubah sumenye.. Tapi, jika masa boleh diputar.. Kite tak kan sedar ape kesalahan kite.. So, kite kena belajar terima hakikat.. Mungkin ape yg kite rase skrng ni, telah pun dia rase sblm ni.. Belajar mencintai orng yg cintakan kite.. Itu lebih bermakna..

Dalam hati ada cinta..
Cinta yang mungkin telah wujud..
Atau cinta yang belum ditemui..
Segalanya mungkin..

Saturday, July 11, 2009

Hati sakit kerana ...

Kau..
Sering muncul dlm tidurku..
Namun, aku tak mampu miliki dirimu..

Kau..
Sakiti hatiku..
Membunuh jiwaku..

Kau..
Tak lagi mencintai..
Cuma aku yang tidak mengerti..

Tanpamu..
Aku menjadi lemah..
Tetapi aku semakin pasrah..

Tanpa ku sedari..
Aku tetap perlukan dirimu..
Kerana kau telah menjadi sebahagian dari diriku..

Friday, July 10, 2009

Belajar benda baru~!!

BFF..~!!
TQ laa sbb jd cikgu x bergaji kat aku ni..
Hahaha.. "Saya budak baru belajar.."
Blog ni kna bgtau kat my adik mucuk.. 'ILA'
Ni semata2 utk dia..
Dia yg nak sgt aku wat bnda ni..
Ila.. 0-0 ehh..
Xde hutang ape2 dahh..
Hehehe..

Kiss utk my adik mucuk yg jauh kat UPM..

Muuuaaahhhhhhh~!!!